? ??????????????What a Day? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??99 Grabs Today. 2657 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ?????This Sensation? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??95 Grabs Today. 1636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Born to Shine BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, February 24, 2010

"Kebebasan Mutlak Media Baru M'bawa Kepada Kerosakan Keharmonian Kaum"

Hari ini media baru sering dikaitkan sebagai medium perubahan dalam mengetengahkan sesuatu perkara , isu ataupun benda dengan lebih mudah dan cepat , jika dahulu media-media tradisional seperti suratkhabar dan juga media-media massa yang lain  digunakan untuk mengetengahkan perkara  ataupun isu tersebut , dan sebelum sesuatu perkara ataupun isu itu dibenarkan untuk disiarkan ia perlulah mendapat kebenaran daripada editor media tersebut yang bertindak sebagai “gatekeepers” . Tetapi dalam hal ini media baru sejak kebelakangan ini sering sahaja digunakan untuk mengetengahkan sesuatu isu ataupun perkara   sebagai medium pelepas perasaan  dan ketidak puashatian mereka terhadap sesetengah pihak ataupun perkara. Sedarkah kita  apa yang dikatakan sebagai pelepas perasaan itu  dan dilembarkan didalam laman-laman web ,blog,video dan sebagainya itu sebenarnya boleh dikatakan pembawa kepada kerosakkan  keharmonian kaum di negara ini. Memang tidak dinafikan perubahan –perubahan yang dibawakan  media baru seperti  yang dilakukan oleh media –media cetak dan juga elektronik dengan menukar bentuk penyampaian maklumat-maklumat terkini ataupun berita ke dalam media baru   hari ini membawa kesan yang amat baik bagi masyarakat kita pada hari ini seperti berita dalam talian yang lebih pantas , blog –blog untuk menyampaikan pandangan , luahan ,  video-video yang digunakan untuk menguatkan lagi apa yang cuba sampaikan dan sebagainya.
Tetapi kita sebenarnya  alpa dalam kecanggihan yang cuba dibawakan  media baru ini secara tidak lansung  sebenarnya  telah meletakkan kita dalam kedudukan orang yang tidak beretika . Apa yang dimaksudkan  tidak beretika disini  ialah mereka  yang cuba  mempengaruhi masyarakat  ataupun kumpulan untuk melakukan sesuatu perkara melalui penulisan mereka dengan menggunakan media baru ini untuk mencetuskan ketegangan antara masyarakat di negara ini.

Mengambil bukti daripada beberapa kes yang kerap berlaku disebabkan menggunakan media baru ini  sudah cukup untuk menggambarkan kucar-kacirnya keharmonian yang telah dibina sesuatu masayarakat itu disebabkan satu bentuk penulisan provokatif ataupun dengan kata lain menghasut , menyebarkan perkara yang tidak benar kesahihanya  dan  apa  yang pastinya perbuatan tersebut mempunyai  agenda-agenda yang  tersembunyi .
Isu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh pihak kristian , isu pendedahan keburukan terhadap almarhum Sultan johor yang mangkat baru –baru ini , penangkapan seorang pelajar yang menggunakan laman web Facebook dengan memberikan kenyataan akan membuat satu  lagi kes  bakar gereja  , kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim , dan banyak lagi . Semua kes-kes tersebut  melibatkan penyalahgunaan media baru ini. Mengambil contoh kes  seperti isu bakar gereja dan juga keyataan yang diberikan dalam Facebook ,  jika tidak dipantau mungkin akan menyebabkan isu ini menjadi lebih buruk , acapkali pemimpin kita , para-para ulama  dan juga pemimpin kristian sendiri menyatakan  bahawa jangan diperbesar-besarkan isu ini sehinggalah satu keputusan mengenainya keluar.Sebagai rakyat biasa yang sinonim dengan sikap cepat melatah ,  kita  akan cepat terpengaruh dengan apa-apa jua isu lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan soal agama , bangsa  , dan juga kedaulatan  sesebuah institusi .Akibat daripada itu mereka yang terpengaruh akan melakukan perkara ataupun perbuatan yang boleh dikatakan sebagai masyarakat yang tidak beretika dan mungkin boleh kita kategorikan sebagai “perosak negara” .
  
Apa- apa jua bahan yang telah disiarkan dalam internet , blog , website dan sebagainya  adalah  kekal  , walaupun ada cara  untuk memadam bahan-bahan yang telah disiarkan tetapi  sebenarnya  ia masih lagi boleh dicari melalui carian-carian internet yang lain.  Tiada istilah padam dalam menggunakan media baru ini . Janganlah jadikan  kebebasan mutlak media baru ini sebagai hak mutlak untuk kita menyampaikan sesuatu , ada baiknya pihak kerajaan mewujudkan akta-akta yang boleh menahan mereka yang menyalahgunakan media baru ini.Kecangguhan teknologi yang ada pada hari ini sepatutnya digunakan untuk kebaikkan semua pihak dalam memastikan negara dan rakyatnya terus berdaya maju tanpa meninggalkan norma-norma masyarakat Malaysia yang penuh dengan nilai budi pekertinya yang tinggi antara satu sama lain.  
Video Yang Mungkin Boleh Menyebabkan Perpecahan Keharmonian Sosial Antara Kaum ( Sedutan Daripada Filem Gadoh- Tidak diluluskan oleh LPFM)
Satu Malaysia - Perpaduan Semua Kaum

Sunday, February 21, 2010

Perlu Wujudkan Akta dan Hukuman Yang Berat Bagi Mereka Yang Membuang Bayi

Merujuk kepada artikel berita harian keluaran 11 Februari 2010 m/s 12 bertajuk ” Mayat Bayi Cedera Kepala,Dihurung Semut” , sebagai seorang insan yang masih lagi mempunyai rasa perikemanusian , saya kesal dengan fenomena kes-kes pembuangan bayi dalam masyarakat kita pada hari ini seolah-olah menjadi satu trend dalam masyarakat pada hari ini. Trend ini boleh dikatakan hampir setiap setahun pasti ada sahaja kes-kes yang melibatkan pembuangan bayi di Malaysia ini. Adakah ini yang dikatakan kita sudah mencapai tahap pemikiran mentality yang moden .Mengikut terjemahan yang diberikan oleh dewan bahasa dan pustaka moden bermaksud sesuatu benda ataupun perkara yang telah diberikan anjakan kepada benda yang lama kepada benda yang yang lebih baik ,baru ataupun dalam erti kata yang lain memberikan kita lebih kemudahan untuk menguruskan sesuatu benda . Secara kasarnya perkataan moden mungkin kita semua melihat ia dari segi kemajuan teknologi sahaja , tetapi moden juga sebenarnya merangkumi semua perkara dalam diri kita baik dari segi pemikiran ataupun kelakuan.
Merujuk kepada kes pembuangan bayi yang dilaporkan ini ,ternyata sebenarnya kita masih lagi jauh ketinggalan dan masih lagi berada di takuk yang tidak dapat membezakan baik buruknya sesuatu perbuatan itu. Kes-kes pembuangan bayi ini selalunya amat sinonim bagi mereka yang telah terlanjur. Untuk mengelakkan rasa malu kepada masyarakat sekeliling , jalan singkat telah diambil dengan membuang bayi tersebut walaupun pada dasarnya di dalam hati mereka , amat berharap untuk orang ramai menemui bayi tersebut dan sekaligus menghantarnya kepada pihak yang bertanggungjawab. Tetapi bagaimana jika niat ataupun rasa berharap tersebut tidak seperti yang diinginkan apabila bayi yang mereka tinggalkan itu mati secara perlahan-lahan apabila disengat dengan benda –benda yang berbisa. Alahai dimanakah sifat kemanusian kita sebenarnya ?
Jika dilihat dari sudut pemikiran orang-orang biasa seperti saya , kenapa tidak kita kategorikan kes-kes yang melibatkan pembuangan bayi ini dan menyebabkan kematian diketegorikan sama seperti kes-kes bunuh yang lain .Hukumannya ialah sama dengan hukuman orang membunuh. Jika akta-akta tersebut tidak dapat dibuat maka pihak yang berwajib perlulah memikirkan cara ataupun tindakan-tindakan lain yang mungkin kita boleh fikirkan , iaitu dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran mengenai kes-kes pembuangan bayi ini . .Dari sudut agama pula , untuk menangani masalah-masalah seperti ini kita perlulah menerapkan sifat-sifat insaniah ,moral dan kemanusian sejak dari peringkat sekolah rendah lagi ,ini bermakna ia perlu dibuat daripada peringkat akar umbi lagi.Pihak-pihak lain seperti media juga perlulah sama-sama memikirkan cara dan juga berganding bahu dalam menyediakan platform ataupun landasan dalam usaha memberikan kesedaran yang lebih efektif dan juga lebih berkesan.

Tuesday, February 9, 2010

Jadikan Ulama Tempat Rujukan

Merujuk kepada artikel keluaran Berita Harian 6 Feb 2010 yang bertajuk “Pemimpin,ulama jana kekuatan ummah” ( m/s 36) , saya amat bersetuju dan juga menyokong penuh Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ) baru –baru ini yang isi utamanya adalah untuk menyatukan fikrah ulama dan umarah dalam segenap pelusuk bidang.

Ini bermakna setiap individu yang pakar mengenai bidang masing-masing akan duduk semeja dengan menjadikan para ulama dan juga umarah sebagai tempat rujukan . Pada hemat saya majlis-majlis seperti ini perlulah kerap diadakan bagi merungkai ataupun menyingkap segala permasalahan yang timbul lebih-lebih lagi yang melibatkan soal agama di negara ini.
Mengimbas kembali mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian baru –baru ini sebenaranya para ulama dan juga umarah bukanlah mengambil sikap mendiamkan diri sahaja tetapi yang sebenarnya mereka berpegang teguh dan yakin bahawa setiap perkara yang berlaku tidak hanya akan dapat diselesaikan dengan cara membidas dan juga mengenakan tekanan kepada pihak yang terbabit .


Memang benarlah Islam itu adalah agama untuk semua ,bagi mereka yang betul-betul memahaminya mereka akan sedar yang Islam itu sendiri tidak membenarkan umatnya terus menerus melulu dan mengambil tindakan yang boleh mengakibatkan kesan yang lain . Para ulama dan umara juga perlu sedar bahawa di kaca mata orang islam , ulama adalah contoh ataupun orang ikutan bagi mereka lebih-lebih lagi hal-hal yang berkaitan dengan agamanya. Jika ini tidak dibuat mungkin akan timbul pula implikasi daripada tindakan tersebut seperti pergaduhan dan ini sudah semestinya amat bertentangan dengan apa yang dituntut oleh islam itu sendiri yang amat mengambil berat akan keharmonian sejagatnya.


Sebagai seorang pelajar yang mungkin akan memimpin generasi yang akan datang saya amat berharap bahawa para pemimpin supaya berpegang teguh dengan apa jua tindakan yang diambil dan juga tegas mungkin boleh menjadikan model pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W untuk diselitkan ke dalam sistem pemerintahannya di Malaysia . Para pemimpin juga perlulah sentiasa memainkan peranannya dalam menerangkan sedikit demi sedikit apa sebenarnya yang Islam cuba sampaikan. Konsep persaudaraan sesama kaum menjadi teras perpaduan di Malaysia,jadi tidak hairanlah mengapa wujudnya berbagai-bagai aktiviti yang melibatkan semua kaum di negara ini.”Janganlah kerana nila setitik habis susu sebelanga” dan juga janganlah disebabkan kerana tindakan bodoh sesetengah individu , hancur perpaduan yang kita bina selama ini.


Mohd Zaidi
Jurusan Pengajian Komunikasi & Media
UiTM Shah Alam

Thursday, February 4, 2010

"Jawapan Kepada Perpaduan"

Tidak ada salahnya bersikap toleransi kepada bangsa lain, namun begitu saya tertarik dengan catatan Suzana Othman dalam bukunya bertajuk Ketuanan Islam-Pertuanan Raja Raja Melayu yang berbunyi ‘Wahai saudaraku! Atas nama muhibah, kesatuan dan perpaduan kaum, maka kalau nak bersayang, bersayanglah! Kalau nak berkasih, berkasihlah. Kalau nak berjanji setia, silakanlah! Tapi waspadalah, jangan sampai sayang kita kepada mereka menjadi keterlaluan sehingga sanggup membiarkan maruah diri diinjak-injakkan, jangan sampai kasih kita kepada mereka melampau-lampau sehingga sanggup menikam bangsa sendiri dari belakang, jangan sampai sanggup berjanji setia sehingga lupa batasan, sehingga agama Islam yang menjadi warisan dan junjungan leluhur bangsa tergolok tergadai dek terikut-ikut sangat pada tuntutan-tuntutan mereka yang semakin hari semakin menjadi-jadi.’

Salam...

Petikan ayat diatas ini saya ambil daripada salah sebuah keratan akhbar nasional baru-baru ini ,jika kita perhatikan betul-betul apa yang tersirat disebalik ayat yang terkandung dalam setiap patah perkataan yang diucapkan ia sebenarnya penuh dengan kata-kata sendiran terus kepada mereka yang bergelar melayu muslim di Malaysia ini.Semua ini sebenarnya berkait rapat dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sehingga ke hari ini, iaitu isu penggunaan kalimah “ Allah” oleh orang kristian di dalam sebuah majalah terbitannya.Orang-orang islam dinegara ini tidak putus-putus membicarakan perkara ini samaada di masjid,pejabat ,tempat tumpuan orang ramai dan sebagainya,poster-poster dan juga banner juga banyak bergantungan yang menentang tentang penggunaan kalimah ‘Allah’ ini kepada orang yang bukan islam.
“Tapi waspadalah, jangan sampai sayang kita kepada mereka menjadi keterlaluan sehingga sanggup membiarkan maruah diri diinjak-injakkan, jangan sampai kasih kita kepada mereka melampau-lampau sehingga sanggup menikam bangsa sendiri dari belakang, jangan sampai sanggup berjanji setia sehingga lupa batasan, sehingga agama Islam yang menjadi warisan dan junjungan leluhur bangsa tergolok tergadai dek terikut-ikut sangat pada tuntutan-tuntutan mereka yang semakin hari semakin menjadi-jadi.”

Frasa ayat diatas sesuai saya rasakan ia ibarat “dah terhantuk baru nak tergadah”. Mengapa ? Jika melihat kepada rentetan peristiwa jiwa saya kuat mengatakan yang isu ini akan dipandang sambil lewa oleh orang muslim jika ia tidak dibawa ke makhamah...ini kerana sudah menjadi tabiat kita yang hidup di zaman yang akan sedang menghampiri kiamat ini akan mengambil sikap acuh tak acuh kepada perkara yang sebenarnya menikam akidah kita sebagai umat islam dan seterusnya akan dapat memaparkan kelemahan kita kepada pihak musuh.Teringat saya akan kata-kata seorang ustaz ” pada pagi kes isu penggunaan kalimah Allah ini hendak dibicarakan kira-kira hanya ada sekitar 20 orang yang datang memberi sokongan kepada pihak kita manakala pihak khatolik pulatelah dibanjiri lebih daripada 50 orang hadir untuk memberi sokongan .Mana lagi muslimin –muslimat di Malaysia ini yang dikatakan mendominan populasi di Malaysia ini ? Mungkin mereka tidak dapat hadir kerana ada yang masih lagi sedang leka membuat tugasan masing-masing ,memandu kereta sambil mendengar lagu dan digambarkan hari yang indah ....dan macam-macam lagi .Mungkin kita termasuk dalam golongan tersebut ...sikap acuh tak acuh inilah yang sebenarnya memberikan peluang kepada mereka untuk terus menerus melakukan sesuatu yang mungkin pada dasarnya ia tidak boleh dilakukan oleh mereka tetapi yang sebenarnya sedikit demi sedikit mereka sedang menyelinap masuk..”diibaratkan sebagai musuh dalam selimut” .Bukan niat saya untuk memprovokasikan mana-mana pihak ...tetapi saya menulis disini adalah sebagai insan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah yang maha Esa untuk menyampaikan sesuatu yang dirasakan perlu khusus demi mempertahankan agama yang tercinta ini.Berkenaan isu membakar gereja telahan saya mengatakan bahawa individu ataupun kumpulan yang melakukan perbuatan ini sebenarnya adalah orang yang jahil dari segi ilmu agama dan akalnya .Saya pasti setiap agama yang di Malaysia ini sangat-sangat menitik beratkan perbuatan menghormati antara satu sama lain, perpaduan yang diamalkan setelah sekian lama di Malaysia ini sebenarnya tidak mudah digugat oleh mana-mana pihak sekalipun ini dapat dibuktikan bahawa mereka yang terlibat dalam isu ini tidak mudah melenting....kerana kita semua tahu akan kesan yang timbul sekirannya perpaduan itu musnah.Tindakan yang dilakukan oleh semua pihak dalam usaha untuk menyelesaikan isu ini patut dipuji .

Thursday, January 14, 2010

"Bas Ekspress"

Salam...kepda semua rakan-rakan seperjuangan...terima kasih tuhan yang masih lagi memberikan lagi saya ruang untuk bernafas...jam 1.18 pagi 1 hb 2010...ketika ramai yang masih lagi meraikan sambutan tahun baru...rasa-rasanya tidak terlambat untuk saya mencoretkan sedikit rasa khilaf dalam diri masing-masing

Saban hari ...saban tahun dan juga saban waktu kita sering sahaja digemparkan dengan mendengar kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan korban nyawa...sebagai manusia biasa sudah tentunya kita akan peka terhadap perkara -perkara sebegini rupa...apa tindakan yang perlu diambil dan sebagainya...tetapi dalam masa yang sama kita sebenarnya terlupa bahawa setiap kejadian yang berlaku sebenarnya sudah diaturkan oleh tuhan...

Kita sebagai manusia yang sudah dilahirkan sebagai mukmin dan mukminah perlu menerima konsep qadak dan qadar yang telah ditetapkan kerana ianya telah pun termaktub dalam rukun iman...baru-baru ini kita digemparkan dengan berita yang kemalangan bas ekspress yang mengorbankan 10 oarng nyawa...apa yang menjadi persoalannya...orang ramai menyalahkan pemandu bus itu 100% tanpa meletakkan sesuatu keadaan mungkin ada sebab-sebab lain yang memungkinkan berlakunya kemalangan ....disinilah sebenarnya pentingnya sifat iman dan takwa dalam diri kita tetapi ada segelintir daripada mereka kadang-kala kita menolak ketentuan takdir ini yang telah ditentukan olehnya....

Kasihan apabila melihat media cetak bertubi-tubi mengeluarkan cerita yang saya rasakan seakan-akan mahu menanam rasa benci dengan meletakkan pemandu tersebut sebagai seorang pesalah mandatori,tiada kemaafan buatnya... keesokkanya pula pihak media pergi pula mendapatkan reaksi daripada ayah dan ibu kepada pemandu tersebut...dan keluarlah satu tajuk besar di muka hadapan salah sebuah akhbar..."kami mohon maaf itu semua sudah takdir" ...Allah sedihnya...siapa kita sebenarnya,tuhan ke!! perkara yang wajib pun kadang kala kita lalai mengerjakannya...oleh itu kenapa tidak cuba kita renungkan bahawa sebenarnya setiap apa yang terjadi akan mengukur tahap mana iman kita... kita perlu ingat bahawa setiap yang hidup pastinya akan mati ..cuba selami konsep qadak dan qadar dalam rukun iman itu sendiri....


Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur'an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:

... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

Juga dinyatakan dalam Al Qur'an bahwa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji. "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Qur'an 42:43) Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an, "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)

p/s : pagi 29 hb 12 2009 ...pertama kali memangku dan mengajar orang kemalangan mengucap....Mohon dia selamat....Amin

Nur Kasih Punya Pasal

Syukur kepada Allah yang telah menjadikan seluruh alam kaya dengan sifat-sifatnya dan syukur juga tidak terhingga diatas nikmat pemberiannya….tergerak hati ini untuk memberikan sedikit pandangan mengenai cerita Nur Kasih yang baru sahaja habis ditayangkan di television baru baru ini… ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pengarahnya di atas cerita bersiri yang berjaya menambat hati ramai orang…terdetik untuk saya menyentuh mengenai pandangan-pandangan ataupun komen-komen yang telah dibuat oleh penonton di salah satu website mengenai cerita ini ….semuanya mengatakannya positive…hampir keseluruhanya mengatakan cerita ini "best" dan sebagainya…tetapi dalam banyak-banyak komen yang positive itu ada yang mengatakan bahawa cerita ini membawa banyak maksud yang tersirat….,semuanya kita hanya nampak daripada isi luaranya sahaja (kulit) …bagus untuk dijadikan tauladan dan tidak kurang juga ada yang mengkritik….fahamlah saya bahawa tidak semua apa yang kita buat akan disukai oleh orang disekeliling kita….maksud tersirat yang saya katakan tadi adalah mesej yang cuba disampaikan didalam cerita tadi….Moga-moga cerita ini memberikan perubahan kepada diri mereka yang selama ini telah lama terpesong dari jalan yang sepatutnya….



Tahniah kepada penulis skrip drama ini dan juga kepada mereka yang menyumbang idea dalam menjadikan cerita ini lebih sesuai dengan perubahan yang berlaku …yang separuh daripada jalan ceritanya lebih kepada konsep dakwah itu sendiri.Apabila saya memikirkan kembali apa yang cuba disampaikan didalam cerita ini sedikit sebanyak ianya berkait rapat dengan masyarakat sekeliling kita yang kuat mencemburui antara satu sama lain ….hasad dengki… walaupun kita sebenarnya telah diberikan didikan agama yang sewajarnya tetapi masih lagi ada sifat-sifat yang yang tidak sepatutnya ada dalam diri seorang umat islam…..bagi saya ini permasalahan yang melibatkan keyakinan kita terhadap apa yang telah ditentukan oleh tuhan masih ada kurangnya….pembawakkan tentang islam yang tidak kena dengan gayanya….turut menjadi salah satu mesej yang cuba disampaikan didalam cerita ini….

Tahniah sekali lagi kepada cerita ini ….mungkin selepas ini pihak-pihak yang bertanggungjawab akan membuka mata mengenai perkara ini…sikap takut….was-was akan sesuatu tindakan menyebabkan perkara-perkara yang sepatutnya dapat dilonjakkan…akan terus menjadi angan-angan….sikap segelintir daripada mereka inilah yang patut kita ubah ….Dalam zaman yang penuh cabaran ini…masalah sosial semakin berleluasa, semuanya kebanyakkan bagi pandangan saya adalah berpunca daripada sistem penyebaran ..peringatan dakwah dan sebagainya khususnya kepada umat islam di negara ini…tidak sesuai lagi diguna pakai…bukan niat saya untuk mengubah apa yang telah ditetapkan oleh tuhan tetapi niat dihati ini tak lain tak bukan hanyalah untuk islam…..menuntut perubahan yang sejajar ataupun selari dengan kemajuan yang ada…dari segi pemikiran dan sebagainya…renung-renungkan..sekadar pandangan picisan daripada saya hamba yang khilaf.

p/s: Kagum dengan shot dan angle kamera dalam produksi ini…..

Wajarkah Kita !!

Alhamdulillah syukur kepada yang empu-Nya dunia kerana masih lagi memberi peluang untuk saya mengatur jari ini menekan huruf-huruf pada "keybord" yang kadang kala saya rasakan ia menyusahkan

Idea untuk mengarang sedikit sebanyak yang kadang-kala boleh saya katakan ia adalah luahan hati mengenai apa-apa sahaja yang dirasakan perlu kita ambil berat ….yang dirasakan perlu saya salurkan dan kepada sesiapa yang sudi membacanya…. Waktu –waktu kerjaku yang banyak mempunyai masa yang terluang saya habiskanya dengan menonton movie-movie yang ada dalam external.

Selawat dan salam kepada junjungan besar kepada tokoh yang paling aku kagumi…Nabi Muhammad S.A.W ….sesungguhnya hati ini begitu mengharapkan dapat bertemu dengan mu…

Mentaliti?

Sering dikaitkan dengan pemikiran ...yang sudah menjadi sebati dalam pemikiran kita, tabiat dan sebagainya. Masyarakat di negara kita ini secara umumnya tidak boleh mengubah rasa benci dan meluat yang sememangnya sudah sebati dalam diri masyarakat hari ini..apabila melihat mentaliti masyarakat ..khususnya masyarakat melayu islam dinegara ini yang hanya duduk di kedai-kedai dengan tujuan yang tertentu.

Hari ini 17 disember 2009 Malaysia telah meraih kejayaan ke atas Vietnam 1-0 melalui sukan bola sepak sempena sukan sea di Laos .

Tahniah diucapkan ke atas pasukan Malaysia di atas kejayaan mereka dan sekaligus membawa balik pingat emas buat Negara, selepas 20 tahun Malaysia amat mengharapkan pingat yang sedikit sebnyak akan mengankat martabat sukan bola sepak negara kita

Walaubagaimanapun dalam kegembiraan yang kita kecapi sebenarnya telah mengundang kelalaian dalam diri kita .

Beradab ???

Tidak beradab dengan azan yang sedang berkumandang di surau-surau …masjid-masjid …(waktu time maghrib) …..betapa kurang ajarnya kita menjerit kegirangan sebagai tanda sokongan ke atas pasukan Malaysia yang ketika itu sedang bertarung…..syaitan-syaitan yang berada disitu rasanya kenduri besar apabila melihat anak-anak adam yang telah diperdayanya…..haha”

Kenapalah jadi macam nie.. masih lagi ada yang tidak memahamainya….walhal sekilas pandang kearah kedai-kedai makan disitu tiada seorang pun yang beragama lain selain agama melayu…99.99 peratus yang aku rasakan adalah islam…betulllah islam itu semakin runtuh atas perlakuan penganutnya sendiri…Ya Allah bantulah kami dalam memelihara tingkah laku kami semasa di dunia ini….pelihara lah diri kami supaya tidak mudah terpengaruh dengan benda-benda yang melalaikan …jagalah adab kami dengan –Mu Ya Allah…Amin….

P/s: Takziah kepada arwah ayah saudara temanku yang paling rapat diatas pemergiannya ke rahmatullah lepas magrhrib tanggal 17 disember 2009 ( Al-Fatihah)